Isnin, 14 Mac 2011

Masak Tauchu Ikan Gelama

Assalamualaikum...... yuhuuu.....nak masak pe?Tengahari ini...dah de idea ke?? kalo xde meh la try menu nie Masak Tauchu Ikan Gelama Cepat ,Senang , Sedap di makan .... kalo xde bahan-bahan xpe jom kita g beli barang tok masak Tauchu Ikan Gelama.


Bahan-bahannya:

3 Ekor Ikan Gelama Sederhana Besar 
3 Biji bawang Besar
3 Ulas Bwang putih 
3 inchi halia
3 biji cili hijau
3 biji cili merah 
3 sudu tauchu
Sedikit gula dan garam



Cara-cara membuatnya......


  • Bawang besar dipotong empat.
  • Bawang putih di belah dua.
  • Cili Merah, cili hijau dibuang tangkai dan ditebuk tengahnya.
  • Halia dipotong Halus
  • Semua bahan yang dipotong hendaklah direndam dengan air kapur.
  • Bahan-bahan untuk menumis ,bawang merah ,bawang putih ,halia.
  • Tumis sehingga garing ,masukkan tauchu.
  •  Masukan sedikit gula,air asam jawa.
  • Masukan Ikan Gelama yang telah digoreng.
  • Masukan air secukup rasa,tunggu sehingga mendidih.
P/s: Fungsi air kapur  yang kita gune tok  rendam bahan-bahan tadi ialah tok buat bahan tadi rangup dan cantik bile kita masak.Kita juge boleh masuk kan timun atau karot .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan