Ahad, 10 April 2011

Laksa Singapore Indarapura

Assalamualikum .....emmm teringin nak makan yang berkuah-kuah la palk hari-hari minggu nie ....sedap nye kalo dapt makan laksa ke?mihon sup ke?mee jawa ke?laksa singapore lagi sedap.hehehehhe......... ." Bonda!! anakanda x tahu la nak wat laksa singapore, Bonda sudi tolong ajarkan .....nak makan mesti tahu masak sendiri , x kan nak harapkan orang lain pule,masak sendiri lagi bagus....."itulah pesan Bonda .. Hehehe x saba rasenye nak makan laksa singapore...nak masak sedap2 la macam kat kedai LAKSA SHAKE tu....sedapnye teringat2...Baiklah skang kita tengok bahan-bahan untuk buat kuah laksa singapore......=)

Bahan-Bahannye.....

  • 20 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit lengkuas
  • 2 batang serai 
  • 6 biji buah keras
  • segenggam udang kering(rendam kejap)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • semua bahan diatas hendak la dikisar
  • 3 ekor ikan kembung/selar-di rebus kemudian buang tulang dan kisar dengan air rebusan
  • 1 biji-ambil santan ( agak-agak lah)
  • fish kek (di goreng)
  • Tauhu kering 
  • Daun kesum
  • Sedikit sambal tumis 
  • Taugeh (dicelur sebentar)
  • mee laksa( di celur) 







Cara membuatnya......=P

  • Tumis rempah yang di kisar hingga wangi kemudian masukkan isi yang dikisar tadi bersama santan.
  • Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukan daun kesum.
  • Masukkan bahan -bahan yang telah di goreng tadi kedalam kuah
  • Siap untuk di makan.
P/S:Siap pon laksa singapore nie ....tapi banyak kalori nye tinggi gile !!! pas makn jom la kita beramai2 round padang tiga empat kali !!!! hahahha:D







Khamis, 7 April 2011

Ayam Masak Merah Marima.....:)

Assalamualaikum.....amboi... lame tak menaip kat sini,lapo la.....=(. sedapnye dapat makan ayam masak merah ngan nasi panas ......adoi sedapnye dapat makn skang...hehehehe=) ditambah pulak,bonda yang masak perhhh sedap,lazat,berkhasiat!!!!!  tapi xpe biar anakanda yang masak memandang bonda kesihatan x berapa mengizinkan . Baiklah!!! jom kita tgk bahan-bahan kita nak wat ayam masak merah dan cara 
membuatnye :)





Bahan-bahannya.....

  •   Ayam (goreng separuh garing ,ikut awok la nak goreng byk  mane ayam ..hehee)
  • 2-3 seduk cili kering kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 4 cm halia (tumbuk)  
  •  2 batang Serai ( tumbuk)
    • 1 labu bawang besar (mayang)

    Cara-cara Membuatnye........

    • Tumis  bawang putih,bawang merah ,halia dan serai. yang ditumbuk tadi tggu sehingga naik bau baru masukan bahan yang dikisar tadi.
    • Tumis sehingga pecah minyak.
    • Bubuhkan garam dan sedikit .
    • Masukkan ayam, sos tomato dan bawang besar.
    • Gaul rata dan biarkan kuah mendidih lagi. Jika kuah terlalu pekat bolehlah tambahkan air.
    • Siap untuk di makan ......
    P/S: Pesanan dari bonda saya masa nak kisar cili kering tu kita boleh campurkan bawang merah,bawang putih,sedikit minyak dan air.Tak perlu dah letak bawang merah dan bawang putih semasa menumis kerana semuanye telah di kisar bersama cili kering tadi...

    Selamat Mencuba Menu Yang Paling Di gemari ramai...


    Isnin, 14 Mac 2011

    Masak Tauchu Ikan Gelama

    Assalamualaikum...... yuhuuu.....nak masak pe?Tengahari ini...dah de idea ke?? kalo xde meh la try menu nie Masak Tauchu Ikan Gelama Cepat ,Senang , Sedap di makan .... kalo xde bahan-bahan xpe jom kita g beli barang tok masak Tauchu Ikan Gelama.


    Bahan-bahannya:

    3 Ekor Ikan Gelama Sederhana Besar 
    3 Biji bawang Besar
    3 Ulas Bwang putih 
    3 inchi halia
    3 biji cili hijau
    3 biji cili merah 
    3 sudu tauchu
    Sedikit gula dan garam



    Cara-cara membuatnya......


    • Bawang besar dipotong empat.
    • Bawang putih di belah dua.
    • Cili Merah, cili hijau dibuang tangkai dan ditebuk tengahnya.
    • Halia dipotong Halus
    • Semua bahan yang dipotong hendaklah direndam dengan air kapur.
    • Bahan-bahan untuk menumis ,bawang merah ,bawang putih ,halia.
    • Tumis sehingga garing ,masukkan tauchu.
    •  Masukan sedikit gula,air asam jawa.
    • Masukan Ikan Gelama yang telah digoreng.
    • Masukan air secukup rasa,tunggu sehingga mendidih.
    P/s: Fungsi air kapur  yang kita gune tok  rendam bahan-bahan tadi ialah tok buat bahan tadi rangup dan cantik bile kita masak.Kita juge boleh masuk kan timun atau karot .

    Rendang Dendeng Kota Tampan


    Ahad, 13 Mac 2011

    Rendang Dendeng Kota Tampan

    Assalamualaikum.....helo-helo pekabo sume....arap2 sihat la ye.Alhamdulilah hari ini saya nak  kongsi dengan kawan-kawan semua hehehe resepi turun temurun dari keluarga bonda saya .Menu ini original datng dari kelurga bonda dan menjadi menu utama bile di hari raya.... Kota Tampan tu name kampung saya yang terletak di Lenggong Perak, kalo x tau lagi ala....yang dekat dengan Lata Kekabu tu...hee jom kita same-same tengok bahan-bahan dan cara -cara nak buat Rendang Dendeng Kota Tampan ...

    Bahan-Bahannya....

    1 Kilo Daging (Direbus sehingga empuk )
    200 gram Cili Kering (Direbus dan Dikisar Halus )
    6 biji Bawang Besar (3 biji Dipotong, 3 biji dikisar)
    Kicap Lemak Manis 
    Asam Jawa.
    Garam, Gula .
    Sos Tiram. 

    Cara-Cara Membuatnya ....


    • Daging yang direbus tadi ,dipotong selebar satu inchi,diketuk dan digoreng sehingga garing.
    • Daging yang dogoreng tadi hendak la di asingkan .
    • Kemudian Goreng bawang yang dipotong tadi.
    • Masukkan cili yang telah dikisar .
    • Masukkan Gula sekucup rasa.
    • Masak cili sehingga masak,garing dan pecah minyak.
    • Masukan air Asam jawa,goreng cili sehingga garing.
    • Masukan daging dan air rebusan daging 
    • Masukkan Kicap,Sos tiram dan Gram secukup rasa .
    • Masak sehingga pekat.
    • Tunggu sehingga mendidih.
    • Sedia untuk dihidang.
     P/s: huhuhu......kawan2 kalo mase nak kisar cili kering bonda  nasihatkan supa kita kisarkan sekali dgn bwang merah , bwang putih sedikit minyak dan air.













    Asam Pedas Ikan Pari......=)

    Asam Pedas Ikan Pari

    Assalamualikum kengkawan sume.....adoi....lame sungguh x berkongsi resepi dalam blog nie al maklumla busy la katekan ....heheheheh.Lately ni my bonda xtak berapa sihat la.....huhuhuhu tapi ape-ape pon sumenya Alhamdulilah sume berjalan dengan lancar.Baiklah pada kali nie saya nak berkongsi resepi bonda "Asam Pedas Ikan Pari " ummmm...Gulp....sedapnye kecor ayer liur cek.........:) hehehehe jom kt tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara menbuatnya.......


    Bahan-bahannya.....

    700 gm ikan pari
    10 tangkai cili kering ( ikut la kalo nak pedas terangkat letak la banyak)
    5 biji bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci kunyit hidup
    1 inci halia
    serai -dititik(dititik tu maksudnya diketuk la....)
    1 inci belacan
    2 cawan air asam jawa (pekat)
    6 batang kacang bendi
    satu ikat daun kesum
    serbuk perasa (kawan -kawan x payah letak pon xpe bonda kate)
    garam dan gula
    Minyak untuk menumis
    2 cawan air
    Cara-caranya....


    • Basuh dan toskan ikan
    • kisar bersama bawang merah, cili kering, bwg putih,
    • belacan, kunyit dan halia
    • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.
    • Masukkan air asam jawa, serai dan ikan. Tambah sedikit air.
    • Biar mendidih masukkan daun kesum dan bendi.
    • Masukkan garam dan gula. 
    • Sesuaikan rasa.
    •  Sedia dihidang dan boleh la kita makan .

    Hah!!!! Selamat mencuba.....Bonda kate senang jew ....kejap jew dalam setengah jam atau 45 minit dah boleh makan.....sume orang boleh buat...terutama sape yang memang suke gila asam pedas.

    P/s: Ikan pari tu boleh diganti dengan macam-macam jenis ikan atau pon kita nak masukan ayam pon boleh tak kisah la kalo kita nakgoreng dulu ke, atau terus jew letak masa kt masak kuah die...:)

    "SELAMAT MENCUBA"